Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen dan
juga pelawat yang berminat untuk menyertai perniagaan topup easyreload ini.
Anda dikehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian
ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di
sini.
-
Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai agen topup
easyreload?
Pergi ke Menu Pendaftaran untuk mengetahui cara-cara mendaftar sebagai agen topup easyreload.
-
Bagaimanakah cara untuk saya menukar no HP yang saya telah daftarkan
dengan No HP yang baru?
Jika anda ingin menukarkan no HP yang anda telah daftarkan sebagai ahli (ID : 2000xxxxx), anda akan dikenakan CAS RM10 bagi setiap penukaran no HP. Rujuk panduan menukar no handphone. -
Saya telah menyertai topup easyreload ni. Tetapi saya terlupa No ID saya. Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan semula no ID saya?
Dapatkan semula no ID anda dengan menaip ” BAKI ” dan hantar ke mana-mana server Telegram / Hangout / Whatsapp.
-
Kenapa saya tambah modal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dan tidak mendapat modal tersebut.
Sila ikut format tambah modal dengan betul seperti di bahagian Tambah Modal Guna QRPay / Tambah Modal Guna IBTF. Jika anda sudah mengikut panduan dengan betul dan modal tidak masuk dalam tempoh 24 jam, sila hantar aduan tak terima modal dengan lengkap & bagi bayaran IBG@GIRO, modal anda akan dimasukkan sebelum 5 petang hari bekerja berikutnya. Aduan boleh dibuat di pautan ini.
-
Kenapa apabila saya menjual topup easyreload, saya sudah mendapat SMS mengatakan transaksi sudah berjaya tetapi pelanggan tidak mendapat topup tersebut?
Sila fahami status report transaksi terlebih dahulu. Jika anda mengalami masalah sedemikian, sila ajukan aduan anda di sini.
-
Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
Ya. Anda perlu menggunakan no yang anda daftarkan sebagai agen topup easyreload sahaja untuk menjual topup easyreload dan menambah modal sekiranya transaksi menggunakan SMS.
-
Adakah saya sebagai Pakej User boleh mendaftarkan downline Pakej Agent?
Tidak.
-
Adakah saya boleh menguruskan modal downline saya?
Ya. Anda boleh menguruskan modal downline anda.
-
Adakah saya akan dibekalkan dengan website apabila mendaftar sebagai agen untuk tujuan promosi?
Tidak. Anda boleh menggunakan laman web sendiri atau wall Facebook masing-masing.
-
Bagaimanakah cara untuk saya mendaftarkan downline dan apakah format yang digunakan?
Sila lihat bahagian Panduan bagi mendaftarkan downline.
-
Adakah Pakej Agent & Pakej User boleh menentukan yuran setiap downline Pakej Agent & Pakej User?
Ya. Anda boleh menentukan yuran downline anda sendiri tetapi perlu menggunakan website anda sendiri bukan website yang kami bekalkan. Serta Pakej User hanya boleh tentukan yuran bagi Pakej User sahaja.
-
Adakah saya perlu mendaftarkan no HP yang berbeza untuk menjual produk yang berbeza?
Tidak perlu. Ini kerana, dengan satu pendaftaran no HP sahaja sudah membolehkan anda menjual semua produk yang ditawarkan kepada anda (produk yang ditawarkan melalui laman web ini).
0 Comments